Friday, 2 October 2015

CAT'S LOVER

Assalamualaikum!!

Hai!!! Post lepas aku rasa aku skema sangat..macam tulis karangan BM pulak..hihi. So, kali ini aku tak nak lah skema sangat.. Post kali ni aku nak cerita pasal peminat kucing atau nama omputih yer 'cat's lover'. aku ni dikira peminat kucing dan sangat
bertuah sebab semua family suka kucing..even akak ipar dengan abang ipar pon suka kucing jugak...kat rumah aku ade bela 5 ekor kucing....semua warna sama...warna oren je semua..Masa aku lepas habis diploma dulu, masa tengah menganggur aku lah yang jaga makan minum kucing-kucing ni..hari-hari mesti bersihkan tempat kucing ni...xboleh tengok tempat tidur kucing aku ni kotor...kadang tu kalau bau kucing aku ni busuk sangat, aku mandikan semua..haha...penat jugak la..5 ekor kucing kot...kalau kena cakar tu da biasa sangat daa..lepas da mndikan aku lap bulu kucing kucing ni sampai kering..walaupun penat tapi seronok mandikan kucing aku ni...heheeh..aku nak share sikit gambar kucing-kucing aku ni..tapi gambar kucing yang sekor lagi xdek sebab kucing tu pemalu sangat...aku share gambar and aku kasi taw sekali dengan nama kucings aku ni..






ni yang paling manja dan paling garang 
bila orang pegang perut dia,.
xboleh orang sentuh perut dia,
mesti dia nak gigit..
aku perkenalkan nama dia 
OLLA...nama feminin tapi dia ni jantan..
mak aku yang kasi nama dia ni..
sebab senang nak
ingat..hahah



                                                                                yang macam malu-malu ni nama dia OLLI...
dia ni adik beradik dengan si
OLLA tu..OLLI ni betina..
sangat pemalu..selalu menyorok 
bawah katil dalam bilik..
xpernah keluar dari rumah..





                                                                   

Ni kucing paling tua dalam
rumah aku...ni gamba dia waktu
muda-muda..hehe..aku kenalkan
ni WAINO...sangat manja...
suka orang gosok-gosok badan dia..
sekarang ni dia da tua sangat..
dia xlarat nak lari-lari da,,







nama dia JACK SPARROW..
walaupun muka macam gangster,,
tapi penakut sangat....nak keluar 
rumah pun takut..24 hours duduk 
dalam rumah je..JACK ni 
xsuke orang pegang and peluk dia..
kalau nak gosok-gosok badan dia,
dia bagi lah...



last but not least....kucing aku yang last sekali...nama dia KAK NAM..dia dipanggil KAK NAM sebab kat badan KAK NAM ni ada tulis no 6...xdapat nak tunjukkan kat sini...sebab xdek gamba dia...
habis da citer aku pasal kucing ni..BYE2


Sunday, 27 September 2015

OBSES

OBSES!

Apakah itu obses? Obses itu boleh ditakrifkan sebagai kita ni sangat meminati seseorang atau benda sehingga kita sanggup melakukan apa sahaja demi sesorang atau benda. Jadi, saya akan berikan salah satu OBSES yang sangat 'trending' dan masih lagi menjadi kegilaan remaja-remaja iaitu K-POP. Fenomena K-POP sangat popular dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Macam adik saya ni,dia sangat sukakan K-POP. Sangat-sangat sukakan K-POP sehinggakan 'wallpaper" telefon pon letak gambar idol K-POP. 


Saya minat juga dengan drama-drama K-POP tetapi tak adalah fanatik sangat dengan K-POP ini. Orang yang obses terhadap K-POP sangat meminati sesebuah kumpulan idol sehingga mereka sanggup tunggu beratur panjang-panjang hanya untuk mendapatkan tiket konsert atau tanda tangan mereka. Bagi mereka ianya adalah berbaloi kerana mereka dapat apa yang mereka nak. Ada yang menangis jika dapat salam atau peluk kumpulan idol ini. Jika artis K-POP ini membuat persembahan, ada yang menangis teresak-esak kerana mereka berasakan tidak percaya dapat berjumpa dengan artis K-POP. Malah ada yang sangup tunggu di 'airport'  untuk menyambut kedatangan artis K-POP. 


Seperti baru-baru ini, kumpulan idol K-POP datang ke Malaysia dan mestilah penuh satu stadium yang rata-rata penuh dengan perempuan. Seorang gadis dari Malaysia,beragama islam dan bertudung seronok dapat peluk dengan artis kumpulan idol K-POP. Ini menunjukkan bahawa kebanyakkan remaja dari Malaysia OBSES dengan artis kumpulan idol K-POP.


Mereka yang OBSES ini sanggup lekatkan gambar artis kumpulan idol mereka dalam bilik serta sanggup beli majalah-majalah mengenai artis kumpulan idol ini.


Akhir kata OBSES ini kadang-kadang ianya membawa kepada kebaikan dan kadang-kadang ia juga boleh membawa kepada keburukan. Oleh itu, apa yang dapat saya simpulkan dari OBSES terhadap K-POP ini, saya merasakan bahawa ibu bapalah yang perlu mengawal anak-anak. Kalau anak-anak nak pergi konsert ini saya wajibkan ibu dan bapa tidak perlu bagi kebenaran kepada anak-anak  untuk pergi ke konsert kerana ia buang duit dan buang masa. Pesanan ini hanya untuk remaja umur 18 tahun ke bawah atau 18 tahun keatas yang masih menggunakan duit ibubapa. 


Assalamualaikum..


Tentang Saya

Assalamualaikum W.B.T

Hari ini saya ingin memperkenalkan diri saya terkebih dahulu sebelum saya bercerita lebih panjang mengenai diri saya. Nama diberi oleh mak dan abah saya adalah Nurwin Amarlina binti Roslee. Saya berasal dari Felda Padang Piol, Jerantut Pahang. Saya dilahirkan di rumah dan saya merupakan anak ke-3 daripada 6 enam orang adik beradik. Saya bersekolah di felda ini juga. Dari tadika hinggalah ke sekolah menengah. Saya bolehlah dikatakan aktif di sekolah. Dari sekolah rendah, mak saya dah masukkan saya dalam sukan gimnastik artistik. Saya aktif bermain sukan ini sehinggalah peringkat sekolah menengah. Saya sering kali mewakili daerah Jerantut untuk sukan ini. Saya juga turut bersukan untuk aktiviti jalan kaki 1500m. Saya selalu dapat tempat kedua dan ketiga. Di sekolah menengah saya pernah mewakili sekolah untuk pertandingan forum. Saya juga merupakan seoraang pengawas perpustakaan sekolah. Lupa pula nak sebut nama sekolah saya saya. Nama sekolah rendah.Sekolah Kebangsaan Padang Piol dan sekolah menengah pula Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Piol.


Selepas dapat keputusan SPM, saya melanjutkan pelajaran saya ke peringkat diploma di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah ( POLISAS ), Kuantan Pahang. Di sana saya mengambil jurusan perakaunan selama 3 tahun. Di POLISAS saya aktif dengan sukan lasak dengan memasuki kelab kembara. Dimana kelab ini sering kali mendaki gunung-gunung di seluruh Malaysia. Saya pernah terlibat untuk aktiviti mendaki Gunung Irau di Cameron Highland dan Gunung Besar Hantu di Negeri Sembilan. Saya sangat minat dengan aktivit lasak, kerana secara tidak lansung aktiviti sukan ini membuatkan saya ingin terus bersenam. Saya mengambil jurusan perakaunan ini bukan kehendak saya, tetapi saya hanya mengikut saja apa yang terbaik untuk saya. Tetapi semasa belajar di POLISAS saya berasa sangat susah untuk belajar kerana saya di sekolah menengah saya ambil aliran sains tulen. Saya tidak ada apa-apa ilmu mengenai perakauanan. Jadi di sana saya bukan 'study smart' tetapi 'study hard'. Masa mula-mula belajar saya tak faham lansung apa yang pensyarah ajar di depan. Saya berasa risau yang saya tidak mampu membawa jurusan perakauanan ini. Saya tidak mahu menghampakan mak dengan abah saya jadi saya banyak membuat latihan. Untuk subjek teori saya membuat 'study group' dengan kawan-kawan saya. 'Study group' ini sangat membantu saya sepanjang 3 tahun saya belajar di POLISAS. Dan Alhamdulillah saya berjaya menghabiskan diploma dengan jayanya.


Dan akhirnya saya dapat tawaran untuk sambung belajar di Universiti Kebangasaan Malaysia, jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan. Masih lagi baru dan masih lagi rasa kekok apabila berada disini. In Shaa Allah secara perlahan-lahan saya mampu untuk adaptasi diri saya dengan cara pembelajaran di sini. Amin. 


Setakat ini sahajalah saya ceritakan mengenai diri saya. Assalamulaikum...