Sunday, 27 September 2015

OBSES

OBSES!

Apakah itu obses? Obses itu boleh ditakrifkan sebagai kita ni sangat meminati seseorang atau benda sehingga kita sanggup melakukan apa sahaja demi sesorang atau benda. Jadi, saya akan berikan salah satu OBSES yang sangat 'trending' dan masih lagi menjadi kegilaan remaja-remaja iaitu K-POP. Fenomena K-POP sangat popular dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Macam adik saya ni,dia sangat sukakan K-POP. Sangat-sangat sukakan K-POP sehinggakan 'wallpaper" telefon pon letak gambar idol K-POP. 


Saya minat juga dengan drama-drama K-POP tetapi tak adalah fanatik sangat dengan K-POP ini. Orang yang obses terhadap K-POP sangat meminati sesebuah kumpulan idol sehingga mereka sanggup tunggu beratur panjang-panjang hanya untuk mendapatkan tiket konsert atau tanda tangan mereka. Bagi mereka ianya adalah berbaloi kerana mereka dapat apa yang mereka nak. Ada yang menangis jika dapat salam atau peluk kumpulan idol ini. Jika artis K-POP ini membuat persembahan, ada yang menangis teresak-esak kerana mereka berasakan tidak percaya dapat berjumpa dengan artis K-POP. Malah ada yang sangup tunggu di 'airport'  untuk menyambut kedatangan artis K-POP. 


Seperti baru-baru ini, kumpulan idol K-POP datang ke Malaysia dan mestilah penuh satu stadium yang rata-rata penuh dengan perempuan. Seorang gadis dari Malaysia,beragama islam dan bertudung seronok dapat peluk dengan artis kumpulan idol K-POP. Ini menunjukkan bahawa kebanyakkan remaja dari Malaysia OBSES dengan artis kumpulan idol K-POP.


Mereka yang OBSES ini sanggup lekatkan gambar artis kumpulan idol mereka dalam bilik serta sanggup beli majalah-majalah mengenai artis kumpulan idol ini.


Akhir kata OBSES ini kadang-kadang ianya membawa kepada kebaikan dan kadang-kadang ia juga boleh membawa kepada keburukan. Oleh itu, apa yang dapat saya simpulkan dari OBSES terhadap K-POP ini, saya merasakan bahawa ibu bapalah yang perlu mengawal anak-anak. Kalau anak-anak nak pergi konsert ini saya wajibkan ibu dan bapa tidak perlu bagi kebenaran kepada anak-anak  untuk pergi ke konsert kerana ia buang duit dan buang masa. Pesanan ini hanya untuk remaja umur 18 tahun ke bawah atau 18 tahun keatas yang masih menggunakan duit ibubapa. 


Assalamualaikum..


No comments:

Post a Comment